BACKGROUND

Assalamualaikum….wbt

Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki yang dilberikan kepada syarikat kami selama ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberi sokongan kepada syarikat kami selama ini. Tanpa sokongan anda semua syarikat ini tidak dapat bertapak dengan jayanya sehingga hari ini.

Syarikat Raudhah Sukses Services yang dimiliki oleh seorang usahawan bumiputra berjaya yang mempunyai latar belakang perniagaan yang cukup luas iaitu Mohd Ridzuan bin Nasir berumur 32 tahun dan di lahirkan di Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang anak melayu yang bergaduan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran. Beliau telah di lahirkan di dalam keluarga usahawan dan sejak kecil lagi beliau telah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh bapa beliau.

Syarikat ini telah di tubuhkan oleh beliau pada 01 Oktober 2015 dengan pembukaan cawangan pertama di Econsave Persiaran Hamzah Alang yang mempunyai dua orang kakitangan sahaja. Pada 01 Ogos 2016 syarikat kami telah membuka sebuah lagi cawangan di kawasan Klang Utama di dalam sebuah Pasaraya Borong Matahari. Alhamdulillah dengan berkat usaha syarikat kami telah mempunyai tiga buah cawangan di dalam daerah Klang dan yang terakhir adalah di Meru yang dii buka pada 01 Mac 2017. Segala kejayaan syarikat kami pada hari ini tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat sokongan anda semua. 

Sekian, Terima kasih.